Monday, February 15, 2010

sulh

SULH
PERMULAAN
o Sulh di dalam bahasa Arab bererti 'putus pertengkaran' yang bermaksud kompromi. Pengertian syarak bermaksud suatu perjanjian yang dimeterai bagi menyelesaikan perselisihan /pertikaian di antara pihak-pihak yang beragama Islam.
o Matlamat sulh adalah untuk mencapai penyelesaian pertikaian mereka secara sukarela berasaskan persetujuan mereka sendiri tanpa sebarang paksaan. Kesannya tetap sama selepas diperintahkan oleh mahkamah
Asas Perlaksanaan
· Firman Allah SWT yang bermaksud:''Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berperang, maka damaikanlah diantara keduanya" surah al-Hujrat:9)
Firman Allah yang bermaksud:" Dan jika seseorang perempuan berbincang akan timbul dari suaminya nusyuz (Kebencian) atau tidak melayaninya, maka tidaklah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (Secara sebaik-baiknya) kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka dari bercerai-berai)" ( Surah an-Nisa:128)
· Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:"Perdamaian (Sulh) itu di haruskan (dalam urusan) diantara kaum muslimin, kecuali dalam hal mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram" (Hadis riwayat Tarmizi)

No comments:

Post a Comment